Sunday, July 12, 2009

Di Manek Urai tu, semua kroni saya!

PEMBAZIRAN DAN MENGARUT! Itulah yang ingin saya luahkan bila sesuatu perkara dibuat tanpa tujuan dan alas an. Saya bukan bercadang membuat posting ini bertujuan menghangatkan suasana di Manek Urai. Namun kadangkala kita terpaksa menangguk di air yang keruh.

 

Saya baru saja mendapat maklumat terperinci berkaitan satu projek yang dinamakan "Kelab AlQuran Braille" di sebuah sekolah menengah kebangsaan agama di satu tempat. Projek karut ini telah lama saya tahu secara gambaran kasar. Yang detailnya baru saya perolehi dalam masa terdekat ini.

 

Program karut ini telah dilaksanakan di sekolah yang tidakpun mempunyai murid atau pelajar cacat penglihatan. Saya difahamkan sejumlah wang yang melebihi RM 50,000 telah dibelanjakan untuk membeli barang-barang kegunaan orang-orang cacat penglihatan yang sebahagiannya telah jauh ketinggalan zaman.

 

Perbelanjaan yang terlibat boleh disifatkan sebagai jauh dari sepatutnya. Dalam erti kata lain, pembaziran yang beleluasa telah berlaku. Tidak terhad dari itu, alatan-alatan tersebut kini tinggal begitu saja untuk dimamah masa dan dihinggapi panas dan dingin sebelum menuju karat yang akan memusnahkannya.

 

Amat dukacita dan sedih. Itulah perasaan saya sebaik menerima maklumat terperinci ini. Saya amat berharap sesuatu dapat dilakukan dan pastikan pisang tidak berbuah dua kali.

 

Kepada sekalian sahabat, dalam sedikit masa lagi saya akan cuba membawa perhatian kalian kepada satu isu perundangan yang sehingga kini membelenggu kebanyakan orang buta iaitu isu Akta Orang-orang Papa 1977.

 

Biar cacat, demi meraih kasihnya Ilahi, jom kita berusaha sehabis ring! – 19 Rajab 1430H.

Friday, July 10, 2009

Titipan rindu mencari tenang yang hilang.

CATATAN pagi Jumaat ini hanyalah sekadar penguibat kepada penderitaan yang dialami oleh sesiapa sahaja. Penderitaan yang ingin dinukilkan di sini bilamana jiwa terasa sakit natijah dari kudis dan akhirnya barah duniawi yang tumbuh di jiwa makluk Tuhan bergelar manusia.

 

Benar sekali pesan Rasul Allah S.A.W. yang mafhumnya dunia itu diumpamakan seperti seorang yang menyelam ke dalam air. Sipenyelam pasti akan basah dan ia tidak mungkin dielakkan. Nah demikianlah duniawi yang dikejar, sipenejar atau pencinta dunia pastinyaakan terpalit kotoran dunia yang dia tidak berupaya untuk menepisnya.

 

 Peristiwa isra' mi'raj banyak mengejar kita betapa dunia hanyalah sementara dan ia hanyalah tempat di mana kita mengumpul bekalan berupa pahala untuk transaksi di akhirat kelak. Usah diceritakan perihal kita yang sentiasa melekat kecintaan kepada keduniaan. Banyak penyakit jiwa seumpama hasat, dengki, dendam, kemurungan dan sebagainya berpunca dari cintanya insan kepada dunia.

 

 Begitulah juga sekian banyak keresahan jiwa dan kesedihan yang berpanjangan akibat kehilangan sesuatu yang disayangi di dunia ini. Ingatan peristiwa perjalanan Rasul Allah S.A.W. dari masjidil Aqsa menegaskan betapa dunia hanyalah perhiasan semata-mata. Menyedari dunia itu sekadar perhiasan, usah kita gusar kita kehilangannya.

 

 Dengan begitu banyak urusan harian yang perlu kita tempuhi, marilah kita sentiasa mendapingi sang pencipta agar perasaan merindui akhirat mampu mengatasi cinta kita kepada dunia yang usianya sekadar antara jari hantu dan jari telunjuk.

 

Sang pencipta membuka jutaan pintu untuk kita masuk demi mendampinginya. Kepada sekalian pendokong jihad Islamiah dan seluruh umat Islam, marilah kita berusaha mengenal pintu-pintu itu agar dapat kita buka dan berdiam di dalam lindungan Allah RABBUL Alamin. – 17 Rajab 1430H.

Sunday, July 5, 2009

Wajar OKU sebagai rakyat kelas kedua?

ORANG KURANG UPAYA merupakan rakyat kelas kedua? Benarkah begitu? Dalam banyak hal dan pada kebanyakan OKU, itulah yang dirasai.

 

Cuba baca kedua-dua laporan ini yang masing-masingnya bertajuk A govt-run shelter for the disabled has, instead, become their jail dan juga 'Ray of hope' that turned out to be a nightmare.

 

Seharusnya pengalaman yang dahsyat dan memalukan itu perlu diambil perhatian agar keadaan tersebut diubah secepat yang boleh. Dalam masa terdekat, jika diizinkan Allah S.W.T saya akan cuba bincangkan penguatkuasaan suatu undang-undang di bawah Akta Orang Papa 1977, Akta 183 yang juga perlu ditimbangkan kewajarannya. – 12 Rajab 1430H.

Friday, July 3, 2009

Peguam buta - UMNO wajip bersama PAS untuk kesejahteraan muamalah rakyat!

FIRMAN ALLAH S.W.T. yang bermaksud:

 

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.Al-Nahl [16:90]

 

Demikianlah tuntutan Allah S.W.T terhadap seluruh umat manusia umumnya dan umat Islam khususnya. Nyatanya kebaikan itu tidak hanya wujud ketika pilihanraya kecil atau pilihanraya umum sahaja. Ia wajip ada pada setiap masa dan setiap ketika.

 

Antara permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam dan seluruh mereka yang terlibat dalam menikmati khidmat perbankan Islam pada waktu ini termasuklah intrepitasi atau penterjemahan prinsip-prinsip Islam itu ke dalam perlaksanaan system perbankan Islam terutamanya perlaksanaan di Negara ini.

 

Saya amat bersetuju dengan gesaan yang dibuat sebagaimana laporan bertajuk Isu perbankan Islam perlu diselesaikan di Mahkamah Syariah. Bukan sekadar isu itu diselesaikan di mahkamah syariah, apa yang lebih utama penerapan nilai-nilai harmoni yang ditekankan dalam ajaran Islam haruslah dirasai dalam perlaksanaan system perbankan Islam itu sendiri.

 

Psebagaimana prinsip umum yang dinyatakan dalam ayat yang difirmankan oleh Allah di atas tadi, prinsip-prinsip keadilan dan kebaikan (ihsan) itu wajip ada dan dapat dirasai oleh semua. Apa yang berlaku kini, system perbankan Islam dilihat sama ada serupa atau lebih zalim dari system konvensyenal yang ada.

 

Apa tidaknya, dalam banyak keadaan seperti tekanan ekonomi yang dialami kini, pihak bank yang merupakan institusi-institusi gergasi dilihat lebih terbela berbanding rakyat kebanyakan yang merupakan pelanggan-pelanggan kerdil kepada bank. Dalam suasana sekarang, bank dengan sokongan kakitangan yang ramai dan panel peguam yang seolah-olah tidak mengenal peri kemanusiaan kian menekan para pelanggan yang kian terhimpit dengan keadaan semasa.

 

Bagi pelanggan yang telah mendapatkan khidmat kewangan melalui kaunter-kaunter Islam sebelumnya, sudah tentu mengharapkan (ihsan) dalam keadaan-keadaan mendesak seperti hari ini. System kewangan Islam bukan terhad kepada riba atau perkara-perkara kabur atau gharar semata-mata. Ia merangkumi prinsip-prinsip keadilan yang lebih luas dari itu.

 

Para pembuat dasar harus sedar betapa sekian ramai yang mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan dari kaunter Islam merasa amat tertekan dengan desakan-desakan keras yang dibuat oleh pihak bank, malah lebih keras dari amalan-amalan di bank konvensyenal.

 

System enovasi kewangan hari ini memberi pelbagai cara kepada pihak bank untuk menghadapi hutang-hutang yang bermasalah atau tidak berbayar. Persoalannya kini apakah bank-bank ini sedar peri kewujudan enovasi-enovasi tersebut atau sekadar mengamalkan system zalim yang juga disukai oleh para "along" dengan cara terus mendesak para pelanggan kerdil?

 

Sejak dulu lagi, Islam melalui Raasul Allah S.A.W. telah lama menuntut umatnya untuk mencari ilmu demi memperolehi dunia, akhirat atau kedua-duanya sekali. Persoalan yang sama juga timbul apakah para pengamal kewangan berusaha mencari ilmu untuk merekacipta dan mengambil manfaat  ke atas pelbagai enovasi-enovasi yang memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak?

 

Mungkin juga para pengamal kewangan yang ingin mewujudkan enovasi yang lebih baik itu terhalang oleh pelbagai prosedur atau peraturan-peraturan semasa? Jika demi kian, para penggubal dasar termasuk ahli politik perlulah berbuat sesuatu.

 

Justeru di sebalik keghairahan berpolitik, amatlah wajar untuk sekalian ahli politik yang sebenarnya banyak memainkan peranan dalam memacu Negara untuk berusaha lebih keras demi kebaikan rakyat.

 

Ingat, rakyat bukan hanya ada pada waktu pilihanraya! – 10 Rajab 1430H.

Thursday, July 2, 2009

Pakatan Rakyat bergegar lagi ke?

KEBUDAK-BUDAKKAN, itulah yang boleh dikatakan kepada kerapuhan Pakatan Rakyat. Apa dah jadi ni? Lihat laporan terkini, Kedah DAP pulls out of state Pakatan coalition (Update).

 

Mana perjuangan untuk rakyat? – 9 Rejab 1430H.

Sunday, June 28, 2009

Kalau buta, jangan kurang dari saya!

BUTA? Memang saya buta. Pun begitu, banyak juga yang orang lain tahu saya juga tahu.

 

Tapi yang satu ni memang saya tak pernah kenal. Tak tahulah orang lain. Anda kenal Jean Todt? Kalau yang serupa dengan saya tak tahu dan tak kenal hamba Allah ni, boleh baca laporan Harakah Daily.

 

Sebagai seorang rakyat yang serba daif, saya amat kecil hati dengan perbelanjaan yang diberikan kepada Jean Todt. Saya tak tahu apa nikmat yang saya perolehi natijah dari perbelanjaan RM 1 Juta tersebut.

 

Kecil kepada kerajaan yang kaya amat besar pada rakyat seperti saya. Semoga setiap sen dibelanjakan akan dinilai natijah yang dinikmati oleh kami. – 5 Rejab 1430H.

Monday, June 22, 2009

Analisa harga semasa minyak mentah.

BOLEH juga diperolehi di Forex Malaysia.

 

LAMA saya tak bercerita perihal harga minyak mentah. Maklum sajalah, duk perah keringat mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga. Di kesempatan ini, suka saya berkongsi sedikit dapatan dari secebis pemerhatian yang sempat dibuat.

 

Pada saat penulisan ini dibuat iaitu 4:11PM (waktu tempatan) harga  minyak mentah Light Sweet dalam pasaran hadapan bagi penghantaran Ogos ialah USD 69.93 setong. Ke manakah halatuju harga tersebut?

 

TAHUN 2009.

 

Bagi tahun ini, minyak jenis Light Sweet telah mula diniagakan pada harga USD 54.51 yang kemudiannya telah mencecah harga terendah untuk tahun ini iaitu USD 33.56 iaitu pada bulan Februari yang lalu. Sejak itu, harganya telah menunjukkan kenaikan hinggalah mencecah harga tertinggi iaitu USD 73.4 pada bulan Jun baru-baru ini. Persoalannya, adakah kenaikan ini bersifat jangka panjang atau sementara sahaja?

 

Saya suka menilai kenaikan ini dari sudut teknikal berbanding pelbagai sentiment yang berlegar dalam pasaran. Jika ditinjau, kenaikan ini memulakan trendnya pada bulan Februari lalu saja.

 

 RELATIVE STRENGTH INDEX.

 

Secara data bulanan, petunjuk teknikal berasaskan Relative Strength Index RSI (14), nyatanya trend yang menunjukkan kenaikan tersebut masih tidak berupaya meletakkan kekuatan lebih 50% untuk petunjuk menurun bertukar kepada menaik.

 

Pada waktu ini, RSI (14) masih di bawah paras 50% (paras kenaikan) iaitu hanya pada 47.94 sahaja. Kenaikan dari paras terendah pada Februari lalu hingga paras tertinggi baru-baru ini justeru masih belum boleh dikatakan kenaikan yang bersifat jangka panjang.

 

GARIS PSIKOLOGI.

 

Saya meletakkan sebarang perubahan trend dari menurun kepada  trend menaik pada tahun ini ialah pada paras harga USD 74.39. penilaian mengikut ukuran Pivot tahunan ini boleh kita jadikan petanda aras untuk lebih berhati-hati dalam membuat pemerhatian.

 

Secara umumnya, harga yang bermula di bawah paras psikologi ini bolelah dikatakan sebagai harga yang akan terus meningkat jika ia berjaya melepasi paras tersebut dengan mudah. Sebaliknya, jika harga yang bermula di bawah paras tersebut sukar melepasinya dengan mudah dan hanya mencecah untuk seketika, harga tersebut dijangka akan terus menurun.

 

Dalam konteks sekarang, paras psikologi ini pun masih belum dilepasi mahpun dicecah oleh harga semasa. Kedudukan ini lebih mendorong untuk membawa harga semasa menurun dalam tempoh jangka panjang.

 

Pemerhatian penuh berhati-hati mesti dilakukan bila berhadapan dengan harga yang bermain di sekitar paras psikologi ini. Sebagaimana yang disebut di atas, paras ini merupakan paras percubaan untuk harga terus meningkat atau mengekalkan trend penurunan jangka panjangnya.

PERKEMASKAN HEDGING DALAM PASARAN HADAPAN.

 

Sebagaimana yang saya sebutkan sebelum ini, prinsip "Hedging" perlu sangat diambilkira bagi mengawal harga domestic agar ia stabil meskipun berhadapan dengan keadaan tidak menentu di peringkat global. Sebagai sebuah Negara pengeksport minyak, hedging boleh dibuat secara fizikal iaitu import dibalas dengan eksport atau hedging yang dibuat dalam pasaran hadapan.

 

Sehingga kini, saya masih mencari-cari sebarang usaha untuk hedging dilakukan oleh Negara melalui mana-mana antiti demi menstabilkan harga minyak domestic.

 

KESIMPULAN.

 

Sedikit pemerhatian ini hanyalah secebis sumbangan saya untuk Negara yang tercinta. Di sebalik coretan ini, masih banyak kelemahan yang perlu dipulihkan dan masih banyak kajian yang wajip dijalankan. Semoga keberkatan dari nya jualah merungkai setiap simpulan agar kesejahteraan akan terus dikecapi. – 28 Jamadil Akhir 1430H.

Impian 9/16 yang gagal dan Kerajaan Perpaduan yang dilangsaikan, UMNO pening-pening lalat!

SEMOGA dengan gagalnya impian 9/16, terlepasnya kata sesama Pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat dan selesainya isu "Kerajaan Perpaduan", usaha untuk mensejahterakan rakyat dapat digembeling secukupnya.  

 

TENANG DAN SELESAI! Itulah yang seharusnya dihasilkan natijah dari laporan Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan - Presiden PAS. Untuk permudahkan, dipetik dari laporan tersebut sebagaimana di bawah ini:

 

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihanya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

 

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

 

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno/BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.

 

Turut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

 

Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guang Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

 

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.

 

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.

 

Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno/BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.

 

Menyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.

 

Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.

 

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan

 

dengan kenyataan pimpinan pakatan.

 

Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya./wann – 28 Jamadil Akhir 1430H.